Kelas Copywriting
- Unais Araby
- Aug 2, 2018
- 1 min read
Seronok tengok sahabat-sahabat yang berniaga online. Menerima tempahan yang banyak sehingga tak menang tangan. Bungkusan yang telah sedia untuk diposkan bertimbun-timbun. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.
Saya cuba selidik kaji, apa rahsia mereka? Majoriti adalah mereka yang belajar marketing dan copywriting. Owh... begitu. Posting mereka di FB dan IG pun boleh tahan. Ribuan like, comment dan share. Bestnya...
Maka saya pun daftarlah kelas marketing dan copywriting. Kerani pun tanya ;
"Tuan berniaga apa? Apa masalah yang dihadapi? Sales tak capai target? Susah close deal?"
Hehehehe Saya jawab ; "Saya tak berniaga. Saya buka pusat pengajian percuma. Saya belajar marketing dan copywriting untuk sebarkan dakwah. Untuk ajak lebih ramai datang mengaji. Dan saya nak belajar untuk susun ayat yang power untuk setiap posting-posting dakwah. Bagi "melting" gitu. Ayat-ayat punch line."
Subhanallah. Mau terdiam dia. Hehehehe. Terus dapat diskaun untuk semua kelas yang ditawarkan. Alhamdulillah.
Owh... terkenang daku semasa mula-mula nak siapkan Pusat Tarbiyyah Unais dulu.

Comments