top of page
Search

Kisah buku yang menggubah hidup...

  • Writer: Unais Araby
    Unais Araby
  • May 11, 2019
  • 1 min read

Saya pada asalnya bukanlah seorang peminat tegar buku. Namun semuanya bermula pada tahun 2010, ketika saya membeli buku tulisan Dr. Syed Alwi Al-Atas, seorang ilmuan dari Indonesia "Bila Allah menduga kita"


Buku ini benar-benar seolah-olah sedang bercakap dan memujuk diri. Dan sejak itu saya memburu karya penulisan Dr. dan minat membaca saya terus subur hinggalah ke hari ini, Alhamdulillah.


Semuanya bermula pada satu malam, saya dihubungi oleh seseorang yg memperkenalkan dirinya penulis, dan mahu saya meminta untuk saya menulis testimoni pada buku terbarunya ketika itu. Kami bersetuju untuk bertemu, memandangkan beliau menyatakan ketika itu dia sedang menyiapkan "phd" di UIA, dan saya masih student UIA ketika itu. Keesokannya kami bertemu di cafe HS. Alangkah terkejutnya saya bahawa insan yang menghubungi saya itu adalah insan yang saya anggap guru, dan bukunya telah menggubah hidup saya. Allah... terasa begitu kerdil dan malu pada Ustaz ketika itu.


Betapa hebat Allah menyusun hidup. Seorang di Penang, seorang di Indonesia. Seorang remaja jahil, dan seorang lagi guru mulia. Tidak pernah saling kenal, dan mustahil bertemu, namun kami dipertemukan kerana BUKU.


Hingga ke saat ini, bila saya mengenang memori itu. hati saya terasa sebak memikirkan keajaiban hidup yang telah tuhan tetapkan pada kita. Bagaimana pula dengan anda? buku apakah yang telah menggubah hidup anda dan apakah cerita di sebaliknya? kongsikan disini.


Nukilan Ustaz Ibnu Rijal





 
 
 

Comments


bottom of page