top of page
  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White YouTube Icon
  • White Instagram Icon

#Unais

Pusat Tarbiyyah Unais & Unais Mediaworks

Kelas Pengajian Hujung Minggu

Koleksi Video Kuliah & Dakwah

Akan Datang

No events at the moment

Makluman PTU.jpg

Assalamualaikum Muslimin & Muslimat Ummat Nabi Muhammad SAW, 

Semoga Kita Semua Sentiasa Dalam Rahmat Allah SWT.

​

KELAS PENGAJIAN AGAMA HUJUNG MINGGU
Pusat Tarbiyyah Unais 


Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Allah SWT diatas ruang dan peluang. Sudah hampir 5 tahun Pusat Tarbiyyah Unais (PTU) beroperasi memberi khidmat penganjuran kelas pengajian agama hujung minggu secara percuma kepada masyarakat.

Jadual pengajian disusun mengikut keperluan subjek utama meliputi asas fardhu ain iaitu Tauhid, Feqah, Tasauf dan subjek tambahan seperti Sirah, Hadith, Al-Quran dan Tarbiyyah.

Sehubungan dengan pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan penganjuran kelas pengajian agama, InsyaAllah, PTU akan kembali beroperasi dengan pematuhan "Standard Operating Procedure (SOP)" yang telah ditetapkan untuk keselamatan dan keselesaan para jemaah yang bakal hadir.

Sesungguhnya Pusat Tarbiyyah Unais mempunyai pelbagai lagi perancangan untuk program-program keilmuan dan dakwah, namun ia masih belum dapat dilaksanakan kerana kekurangan dana bagi menampung kos operasi bulanan.

Oleh itu, Pusat Tarbiyyah Unais amat mengalu-alukan sumbangan Dana Operasi dan Dakwah Pusat Tarbiyyah Unais. Sumbangan Dana Seikhlas Hati Anda, boleh disalurkan melalui akaun seperti berikut ;

(Bank) Maybank
(No Akaun) 5521-8951-5485
(Penama) Pusat Tarbiyyah Unais

​Alhamdulillah. Syukur. Kami dahului dengan ucapan penghargaan Terima Kasih diatas kesudian anda menyokong dan membantu. Kami mendoakan agar sumbangan tersebut mendapat ganjaran sebaiknya daripada Allah SWT Yang Maha Kaya di dunia dan akhirat, diangkat ia sebagai amal kebaikkan dan kebajikan. Allahumma Aamiin.

#JomMengaji
#JomMengajiPTU
#SempurnakanIbadahDenganIlmu

​

(Dikemaskini 1 Ogos 2020)

PTU PKPP ads.jpg

Berita & Info

Sudahkah Anda Berselawat Hari Ini?

Unais Araby

Tabung Dana

Bersama membantu usaha dakwah Unais
Donate Now
bottom of page