top of page
Search

Jalannya Tak Seindah Sentuhan Mata...

  • Writer: Unais Araby
    Unais Araby
  • Jul 31, 2018
  • 1 min read

Alhamdulillah. Terima kasih Allah diatas ruang dan peluang. Engkau kutip aku dari tempat yang hina penuh dosa, lalu Engkau buka ruang dan peluang untuk aku bermuhasabah dan berubah dengan meletakkan aku duduk menumpang dikalangan HambaMU yang soleh.


Sungguh Ya Allah... Dakwah itu bukan kerja mudah. Lalu aku terkenang dan termenung mengenangkan betapa payah dan peritnya Rasulullah SAW dan Sabahat Baginda menyebarkan dan menyampaikan KalamMu jika dibandingkan dengan apa yang aku hadapi dan harungi.


Sungguh Ya Allah... Hidayah itu MilikMu yang Mutlak. Bukan mudah mengajak sahabatku ke majlis-majlis ilmu. Pelbagai cara dan strategi yang telah aku lakukan. InsyaAllah, berilah aku kekuatan untuk terus istiqamah agar jangan lelah, kecewa dan berputus asa.


Sungguh Ya Allah... Engkaulah yang memegang hati dan jiwa HambaMu.




 
 
 

Comentarios


bottom of page